Mencabar juga nak direct family sendiri rupanya. Dah cuba jadi garang tp tula Ibu backup sgt adik-adik Along ni. Tunggu malam ni nak buli dorg cukup cukup dlm live. Korang nak team saya ke team adik-adik saya malam ni? Jom join live kat tiktok saya malam ni 9PM. New design, harga promo, special appearance 👀
Syukur sangat dapat peluang tengok sendiri semua depan mata 🥹 Terima kasih kepada @mindefmalaysia atas peluang istimewa ini! Saya amat berbesar hati dan teruja dapat menjadi sebahagian daripada LIMA’25 Langkawi baru-baru ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara. Anda semua boleh hadir ke LIMA’25 pada hari Jumaat dan Sabtu (23 & 24 Mei) di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi. Pelbagai pameran, pertunjukan udara, segmen maritime, dan peluang untuk berinteraksi dengan profesional industri menanti anda semua! #LIMA2025
PLKN 3.0, Modul baru tapi matlamat tetap sama iaitu membentuk anak muda yang berani, berdisiplin & berjiwa Malaysia. Dekat kem, bukan setakat aktiviti fizikal tapi belajar erti setiakawan, tahan cabaran, dan kenal diri sendiri. Anak muda hari ini adalah pemimpin hari esok. Dan di sinilah tempatnya nak mula bina tapak yang kukuh. 📌 Mohon & info: https://jlkn.mod.gov.my #JatiDiriMalaysia #PLKN #KhidmatNegara #Taatsetia #JomSertaiPLKN
Tak perlu sempurna. Cukup sekadar doa dari ibu, sokongan dari ayah, gelak tawa dari adik beradik. Itu lebih dari segalanya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, support dan beli dari kami. 💙 #IbuAzizah #TudungAzizah #SempurnakanAuratMu